Monday, January 10, 2011

Madu Atau Hempedu


                                                                                  *Mr. Google*



          Dengar namanya saja semua orang tahu madu ini manis. Selalu kita dengar 'manis macam madu'...yea betul...kalau madu yang kita maksudkan tu madu yang honey bear suka makan tu. Makan mentah-mentah, dibuat masak, makan dengan roti, makan dengan pai, minum dengan susu, dibuat ubat, ditempek kat muka...Memang madu ni best.

          Tapi istilah 'madu' yang satu lagi ni macamana.

"hai, senangnya dalam hati, kalau beristeri dua, seperti dunia ana yang punya...."

          Yang ni, manis ke? Hmmm...manis gak kot (",). Selalunya yang kita dengar tak manis la...penuh cerita duka-cita dan penuh lara di hati. Jarang dengar cerita pasal 'madu' ni yang manis-manis.... Selalu dengar pasal madu yang pahit bagai hempedu je..Ye ke..

          Sebagai manusia yang dilahirkan dengan akal, aku pun taklah sangat menghalang akan hal 'madu-madan' ni...taklah pula sangat menyokong. Biasa-biasa je. Dah Allah swt sendiri membenarkan poligami, tidaklah pula kuasa manusia untuk menentang poligami. Rasulullah sendiri berpoligami. Tapi itu kisah Rasulullah yang penuh adil dan saksama, yang tahu menjaga hati para isteri agar tiada yang terasa dan terpinggir, dan tiadalah akan para isteri baginda berdendang syahdu..
"dalam manisnya madu...terselit juga pahit hempedu...madu manis padamu, pahitnya sungguh bagi diriku...."

          Semuanya terletak di tangan suami. Memang dalam hal kasih-sayang, hati manusia tidak mampu menipu. Isteri kedua di sayang lebih, tapi isteri pertama jangan dipinggir. Berterima kasihlah kepada isteri pertama kerana dialah yang terlebih dulu berkongsi rahsia kehidupan dengan sang suami. Berterima kasihlah juga kepada isteri kedua..yea aku tau memang selalu isteri kedua atau ketiga atau keempat dianggap jahat, perampas suami orang, pengacau rumah tangga orang...tapi itu dah JODOH. Sejauh mana kita lari kalau dah macam tu yang tertulis di Luh Mahfuz, apo nak di kato jang...Jangan sleptikal atau pandang dari sebelah mata saja, banyak lagi aspek dan persepsi yang yang perlu dikira.. Macam aku cakap tadi, aku tak menghalang dan aku tak menentang. Ini cuma pada pandangan aku.

          Jeles-menjeles dalam hidup bermadu ni memang lah adat. Tak bermadu ponn kita jeles juga kan. Jeles tu tanda sayang kan... So what? Tapi, tapi, tapi...bagi aku jeles pun berpada-padalah. Janganlah sampai cerita tidur madu pun nak ditanya, kenapa mandi basuh rambut subuh-subuh hari...tu memang dah lebih. Pokok pangkalnya SUAMI mesti adil. Jangan lebihkan sesiapa dan jangan lah juga kurangkan sesiapa di depan mata para isteri, walaupun dalam hati lebih sayangkan salah seorang, janganlah pula ditunjuk-tunjuk. Memang makan hati berulam jantung jawabnya. Itu boleh jadi porak peranda. Kalau suami yang bijak dia akan berlaku adil, kerana dari situlah akan lahirnya kemanisan bemadu. Susah senang dikongsi bersama, isteri pertama dalam kesusahan isteri kedua datang menolong, isteri kedua sakit isteri pertama datang bagi ubat, isteri ketiga mengandung isteri pertama dan kedua tolong jaga, isteri keempat susah jaga anak kecik-kecik ada isteri -isteri yang lain datang menjenguk...tak ke manis tu... Suami kena la sangat berdedikasi dalam mendidik isteri-isteri, baru lah hidup bermadu akan jadi betul-betul MADU bagi para isteri...Tak lah madu tu pahit ya amat macam HEMPEDU!
Aku cakap, ini bagi aku.... (",)




Makan roti cicah takhina dengan madu. Pernah cuba? Best!




    

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...