So Called Conceils


Doa Dimurahkan Rezeki



Rezeki Allah swt teramatlah luas untuk sekalian makhluknya. Diberikan selautan dakwat untuk kita senaraikan nikmat dan rezeki dari Allah, pun tak pernah akan cukup. Allah Maha Besar, Allah Maha Pemurah.

Antara mahu dengan tak mahu je, kita perlu berusaha untuk mencari nikmat dan rezeki yang Allah turunkan. Duduk saja-saja sambil mengharap rezeki datang bergolek, memang tak jadi apa. Dah ada para cendakiawan (atau cendiakawan? Aku konfius) dan alim-ulama yang berpesan pada Usaha, Doa dan Tawakkal.

Banyak doa dari dalam kitab suci Al-Quran yang dijadikan amalan supaya dimurahkan rezeki. Antara ayat yang familiar ialah ayat dari surah Al-Talaq. Kita lebih mengenali ayat ni dengan nama Ayat Seribu Dinar.



Surah Al-Talaq : 2-3
Maksudnya : Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya, Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya. Sesungguhnya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.

Amalkan membaca ayat ini dengan ikhlas tiga kali selepas setiap solat lima waktu, InsyaAllah- Allah akan memurahkan rezeki kita dan dicukupkan kemuliaan untuk kita dunia akhirat, Aamiin Ya Rabb.



Ada lagi beberapa potong ayat yang boleh dijadikan amalan doa seharian yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Alang-alang dah baca Ayat Seribu Dinar, tambahlah lagi dengan doa ni.

Maksudnya : Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki yang Engkau halalkan (hingga aku terhindar dari apa yang Engkau haramkan). Kurniakanlah padaku anugerahMu (hingga aku tidak meminta) kepada selainMu.


Selain dari itu juga, jangan sesekali lupa mendoakan kesejahteraan untuk kedua ibu bapa, kerana di situlah letaknya berkat doa merujuk kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Apabila seseorang hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya, nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya "

Hadis Riwayat Al-Hakim dan Ad-Dalaimi


Tahu tak, sebenarnya ada 8 pintu murah rezeki? 

#1- Jangan derhaka dengan ibu bapa
#2- Jangan bergaduh dengan saudara-mara
#3- Menunaikan Haji "Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji"
#4- Amalkan solat sunat Dhuha
#5- Jangan tidur selepas solat Subuh
#6- Selalu baca doa Al-Waqi'ah
#7- Rezeki ada dalam perkahwinan
#8- Rezeki ada pada anak "Semasa bayi lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu-bapanya"



Nampak tak...sebenarnya perbuatan kita, amalan kita, kebanyakannya berkait rapat dengan rezeki yang kita perolehi.




------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Ayat Pengasih Dari Al-Quran

Di dalam setiap perhubungan, tak kiralah ~ bercinta, bertunang, berkahwin mesti ada pasang surutnya. Bila tengah pasang tu memang best tapi time tengah surut tu hai..zahir tak terucap rasanya...... Kadang-kadang ada orang yang buntu akal, tak tau nak ikhtiar macamana ambil jalan singkat dengan pergi jumpa bomoh.

    
          Kalau dah jumpa bomoh ni, apalagi ceritanya..mantera semerah padi la yang banyak. Duit pun habis banyak. Jampi ntah hapa-hapa minyak.... *walaupun tak semua tapi majoriti bomoh memang guna cara ni kan*... Pengerasnya lagi... Dengan kemenyan yang berasap-asap tapi peratus keberkesananya belum tentu. Kan?


          Okey...sebenarnya dalam Al-Quran pun ada macam-macam ayat yang membantu kita untuk memulihkan hubungan kasih sayang ni ~ terutamanya antara suami dan isteri juga ibu-bapa dan anak-anak. Kalau dah dijelaskan dalam Al-Quran, maka tiadalah keraguan kan untuk kita amalkan. Ayat-ayat ni orang tua-tua tau lah, sebab tu kalau kita tengok kebanyakan orang-orang lama ni hubungan diorang kekal. Jarang lah nak berpisah kecuali ada lah segelintir kecil. Ayat-ayat ni pun sesuai banget untuk dibaca oleh kaum ibu-bapa untuk anak-anak supaya anak-anak kita jadi lebih hormat dan mendengar kata. Insya Allah.


Antara ayat yang sesuai dibaca ialah ~
Ayat dari Surah Yusuf : 4 dan Surah Thaaha : 39



Surah Yusuf : 4

 
Ayat 4 Surah Yusuf

Maksudnya : Ingatlah ketika Yusuf (a.s) berkata kepada ayahnya "Wahai ayahku, sesungguhnya aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan yang kelihatan semuanya sujud kepadaku"


Lepas tu sambung dengan Surah Thaaha : 39

Ayat 39 Surah Thaaha

Maksudnya : Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariKu, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu.


          Amalkan la membacanya setiap kali berjumpa dengan pasangan yang tersayang. Setiap kali bertemu baca je. Baca perlahan-lahan lah, tak payah kuat-kuat nanti dia dengar takut dia kata kita jampikan dia pulak. Kata lah tak bertemu, pun boleh baca. Ho my good...


          See... banyak kan pertolongan dari Allah sampaikan dalam bab-bab berkasih sayang pun Allah bagi panduan cuma kita je yang tak berapa nak sedar. Dan rahsia yang paling penting ialah...jeng, jeng, jenggg..... Bacalah 3x setiap kali lepas solat, jadikan ia sebagai doa. Istiqamah. Mudah-mudahan kasih sayang akan bertambah utuh dan berkekalan sampai ke akhir nyawa. Amin.



~ Barangsiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak dikasihi ~




 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...