Monday, January 10, 2011

The Awful Truth

                                                                    *Mr. Google*



          Sebenarnya wujudkah perasaan cinta dalam hati lelaki? Susah nak dapat jawapan untuk persoalan macam ni. Adakah cinta, atau pesona, atau inspira...(tiba-tiba nama kereta...sengal)...atau sekadar mawaddah dan rahmah dalam sesebuah ikatan? Atau paling tak best sekali wanita terpaksa mengakui bahawa sebenarnya tiada cinta di hati sang jejaka, yang ada hanya nafsu. Mak aihh...tidakk...tapi itulah, realitinya condong ke arah tu.
          Kenapa tetiba aku terfikir macam ni eh...mungkin sebab apa yang berlaku kebelakangan ni menyebabkan minda aku sedikit terpanggil untuk berfikir secara logik tentang hal ni. Aku rasa kebanyakan perempuan ni bodoh. Aku rasa. Diulang, aku rasa. Bukan sesiapa rasa. Aku. Dan aku tak kata semua. Aku kata kebanyakan. Betul. Dah kena pukul, kena belasah dengan lelaki, tetap lelaki tu juga yang dicinta sepenuh nyawa. Kena tipu kiri kanan, depan belakang, tetap lelaki itu jugalah yang dipuja sepenuh jiwa. Kena permain, kena peralat, tetap lelaki itu juga diberi taat setia. 





Dear Husband,
Its hurt me when U keep calling me stupid and I admited that Im stupid. Why?
Yes, Im stupid...how much u hurt me, I still love u
Yes, Im stupid...how much u lied to me, I still love u
Yes, Im stupid...how much u hate me, I still love u
Yes, Im stupid...how bad u treat me, I still love u
Yes, Im stupid...even I know u just using me for your needs, I still love u
Yes, Im stupid...even I know Im not the only women in yr life, I still love u
Yes, Im stupid...after all this time I know u never love me, I still love u
Yes, Im stupid...because I love u.
But be thankful, with all this stupidity I love u.

-source-



          Hahahaaa...nak kata apa? Kesian kan...Perempuan ni cintanya dari hati. Dan selalunya cinta dari hati ni, cinta sampai mati. Lelaki ni cintanya...oh, ada kah cinta? Bagi aku tidak...Dan bukanlah semua lelaki berhati kering macam ni. Ada yang betul-betul ada rasa chenta, tapi aku bukan bercakap pasal golongan minoriti tu. Aku bercakap tentang golongan majoriti yang hanya berkata cinta di  bibir tetapi tidak pada hati. Memenuhi kehendak nafsu. Dan aku rasa sangat kasihan kepada wanita yang cinta setianya tertumpah kepada lelaki yang tidak mempunyai rasa cinta di hati. Lelaki yang hanya bernafsu. Untuk sesuatu. Aku sangat kontra dengan lelaki yang terang-terangan, atau selindung-selindungan begitu.


Mode:
Menulis untuk ingatan diri sendiri.. (",)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...