Thursday, December 30, 2010

Semangat Untuk Dikongsi

                                                         *Mr. Google*



          Sebagai manusia, bila Allah swt datangkan ujian kadang-kala kita rasa  tak cukup kuat untuk menghadapinya. Kita kalah dengan kelemahan sendiri. Beban tak tertanggung. Putus asa, putus harapan. Hilang semangat. Sensitif dan rendah diri, rasa macam tak tercapai matlamat hidup. Biasa-biasa, tak cantik dan tak istimewa. Aku tergolong dalam kumpulan ni. Bila nak cari balik kekuatan sendiri, aku rasa payah sangat. Sampailah aku terjumpa dengan satu artikel yang aku tak dapat tentukan siapa pengarangnya, menyatakan betapa setiap kelemahan tu ada kekuatan yang bersandar disebaliknya. Aku berkenan sangat dengan butiran yang terkandung di dalam artikel tu, yang menyatakan betapa ALLAH swt menjadikan setiap wanita itu sangat istimewa. Terasa semangat dan kekuatan tu datang balik, macam ditiup-tiup...Ini yang aku pegang sebagai perisai di hati.. (",)

* memberinya bahu yang cukup kuat untuk menopang dunia, namun cukup lembut untuk memberikan kenyamanan; kekuatan dari dalam supaya mampu melahirkan anak..hehe ( kaum Adam bulehh? ) dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.
* memberinya kekerasan agar tetap tegar ketika orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh
* memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya
* memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya yang kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya
* memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suami tanpa ragu-ragu
*memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila diperlukan. Lelaki susah nak menangis dan berairmata, tapi bagi aku sesekali kalau  lelaki nangis pun apa salahnya, itu pemberian Allah.

          Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ditampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itu lah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.
Semaikanlah kekuatan dan semangat ini pada setiap wanita yang anda kenali kerana ia akan menambah harga diri ciptaan Allah swt yang terindah, iaitu wanita!


Hmmmm.... aku percaya !






Sunday, December 26, 2010

Marah, atau Jangan Marah



                                                                                  *Mr. Google*



          Semua orang ada perasaan MARAH. Bila dihantui rasa geram, semua orang rasa bahawa dia patut MARAH. Marahlah, kalau itu dapat redakan kesakitan hati. Marahlah, kalau marah adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah. TAPI , susah kita nak sedar, MARAH sebenarnya punca masalah. MARAH adalah permainan syaitan. Itu yang aku belajar, MARAH adalah api simbahan syaitan. Menurut Imam Ghazali, MARAH berpunca dari cebisan api neraka yang menyala-nyala. Kepanasan itu naik ke sudut hati lalu bersembunyi menjadi bara yang diliputi abu. Bara itu bermukim dalam hati bagaikan api dalam sekam. Apabila berlakunya sesuatu peristiwa, maka meletuslah bara itu menjadi api yang menyala. Sebab itu ustaz-ustazah selalu pesan, bila MARAH, cepat-cepat pergi ambil sembahyang. Siram api yang dinyalakan syaitan.
      Tetapi berapa ramaikah antara kita, termasuklah aku yang amalkan ajaran tu. Bagi aku, bila MARAH, aku puas hati. Lepas segala sakit, geram, rasa nak menyumpah seranah orang, rasa nak baling dengan botol kicap dan segala macam rasa yang tak wajar dilakukan oleh seorang manusia normal terhadap manusia lain. Asalkan hati puas. Tapi sebenarnya kita puaskan hati siapa bila MARAH? Hati sendiri, atau kita tolong penuhi dendam syaitan untuk porak-perandakan keturunan Adam. Bila MARAH kita kerap buat atau lafazkan sesuatu di luar sedar. Kecualilah, ada segolongan manusia yang bila MARAH masih mampu mengawal emosi. Ada, satu dalam sepuluh. Mungkin seratus. Yang lain-lain bila MARAH, nafsu amarahnya tak terkawal, maka di situ manusia yang lain menilai sifat aslinya. Ini bukan perkara main-main, sebab tu ada hadis yang menyebut 'perangai sebenar seseorang itu dapat dilihat bila dia marah'....kita tau true color seseorang tu bila dia dalam keadaan MARAH. Kalau tengah MARAH pun dia masih boleh cool dan ada pertimbangan, maka itulah sifat sebenarnya. Tapi orang yang selama ni berlagak cool dan tenang tapi tiba-tiba sekali dia naik angin, tsunami pun kalah...aha, maka itulah dia yang sebenarnya. Dan yang penting sekali, yang selalu aku terlupa bila MARAH, ada yang bertepuk tangan dan menari-nari tanda kemenangan. Siapa lagi kalau bukan Raja Iblis Laknatullah. Na'uzubillah.
       Jadi walaupun aku geram dan ada rasa tak puas hati yang amat sangat sekarang ni, aku berfikir-fikir nak MARAH ke.....atau JANGAN MARAH.

(Rasulullah melarang umatnya melayan rasa marah. Seorang lelaki pernah datang bertemu baginda untuk meminta nasihat. Kata baginda, "Jangan marah." Lelaki itu mengulangi lagi dan baginda menjawab, "Jangan marah." *Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah*)



Lagu PakNil pun ada cakap, Jangan Marah-Marah.(",)






 

Monday, December 13, 2010

Terus PANDANG Depan vs Jangan PANDANG Belakang

                                                     *Mr.Google*
~ Gambar yang tiada kena mengena dengan tajuk ~

Ini entry pertama untuk halaman ini. 

Kadang-kala apa yang dilihat, apa yang dirasa tak mampu dizahir dengan kata-kata. Dulu, pena menjadi teman untuk meluah rasa. Kini, keyboard lah yang menjadi mangsa. 

Aku jarang membebel dan tak suka membebel.. (Err...sila percaya pada diri sendiri)
Memenatkan, membazir ayaq lioq, membuang masa dan tak best.
Tapi aku sangat suka menulis, menaip dan menyonteng.

Makanya, akan aku gunakan halaman ini sebaik-baiknya.
Semoga bermanfaat untuk diri aku sendiri dan juga sesiapa sahaja yang terjumpanya. 
Itu pun kalau ada.
(kesian dengan ayat yang terakhir itu)

Kalau tak ada pun, aku akan tetap menulis di sini.
Nekad.
Jangan pandang belakang.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...