Sunday, April 17, 2011

Ayat Pengasih Dari Al-Quran

       

Di dalam setiap perhubungan, tak kiralah ~ bercinta, bertunang, berkahwin mesti ada pasang surutnya. Bila tengah pasang tu memang best tapi time tengah surut tu hai..zahir tak terucap rasanya...... Kadang-kadang ada orang yang buntu akal, tak tau nak ikhtiar macamana ambil jalan singkat dengan pergi jumpa bomoh.

         
           Kalau dah jumpa bomoh ni, apalagi ceritanya..mantera semerah padi la yang banyak. Duit pun habis banyak. Jampi ntah hapa-hapa minyak.... *walaupun tak semua tapi majoriti bomoh memang guna cara ni kan*... Pengerasnya lagi... Dengan kemenyan yang berasap-asap tapi peratus keberkesananya belum tentu. Kan?


       Okey...sebenarnya dalam Al-Quran pun ada macam-macam ayat yang membantu kita untuk memulihkan hubungan kasih sayang ni ~ terutamanya antara suami dan isteri juga ibu-bapa dan anak-anak. Kalau dah dijelaskan dalam Al-Quran, maka tiadalah keraguan kan untuk kita amalkan. Ayat-ayat ni orang tua-tua tau lah, sebab tu kalau kita tengok kebanyakan orang-orang lama ni hubungan diorang kekal. Jarang lah nak berpisah kecuali ada lah segelintir kecil. Ayat-ayat ni pun sesuai banget untuk dibaca oleh kaum ibu-bapa untuk anak-anak supaya anak-anak kita jadi lebih hormat dan mendengar kata. Insya Allah.


Antara ayat yang sesuai dibaca ialah ~
Ayat dari Surah Yusuf : 4 dan Surah Thaaha : 39



Surah Yusuf : 4

 
Ayat 4 Surah Yusuf

Maksudnya : Ingatlah ketika Yusuf (a.s) berkata kepada ayahnya "Wahai ayahku, sesungguhnya aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan yang kelihatan semuanya sujud kepadaku"


Lepas tu sambung dengan Surah Thaaha : 39

Ayat 39 Surah Thaaha

Maksudnya : Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariKu, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu.


          Amalkan la membacanya setiap kali berjumpa dengan pasangan yang tersayang. Setiap kali bertemu baca je. Baca perlahan-lahan lah, tak payah kuat-kuat nanti dia dengar takut dia kata kita jampikan dia pulak. Kata lah tak bertemu, pun boleh baca. Ho my good...


          See... banyak kan pertolongan dari Allah sampaikan dalam bab-bab berkasih sayang pun Allah bagi panduan cuma kita je yang tak berapa nak sedar. Dan rahsia yang paling penting ialah...jeng, jeng, jenggg..... Bacalah 3x setiap kali lepas solat, jadikan ia sebagai doa. Istiqamah. Mudah-mudahan kasih sayang akan bertambah utuh dan berkekalan sampai ke akhir nyawa. Amin.



~ Barangsiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak dikasihi ~




   


Saturday, April 16, 2011

Apa Saja Lah

     

           Tak kuasa melawan. Tak kuasa melayan. Dah kata bukan, di iyakan jugak. Dah kata iya, ditidakkan pulak. Habis nak kata apa lagi? Nak ikut fikiran awak je lah ye? So, suka hati awak lah nak fikir apa pun macam tu. Apa-apa je laahhh.



Cerita Satu.
Dah buat silap..minta lah maaf. Awak cakap, bukan awak yang mula. Dia yang mula dulu, so dialah yang patut minta maaf daripada awak. Ok, fine. Tapi kan kalau dia yang mula dulu pun, kalau awak tu memang betul-betul baik, awak tak akan kisah kan kalau kena minta maaf. Beralah. Biar Allah yang mengadilinya. Awak tak nak. Awak tarik muka. Muncung 360. Boleh sidai kain waktu hujan. Jatuh ego. So, awak fikir macam tu...? Suka hati awak lah. Apa-apa je laahhh


Cerita Dua.
Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Jelas tak? Jelas kan. Abis kenapa masih duduk diam tak bergerak buat apa-apa? Lepas tu salahkan Allah.. Allah tak sayang awak, Allah kejam pada awak, Allah tak berlaku adil pada awak... Dah cakap, bangun, berusaha. Awak kata, awak berusaha pun Allah tak tolong.... Yenadey! Berusaha dan berdoa. Doa. Awak kata Allah awak dah berdoa bermangkuk-mangkuk tetap Allah tak makbulkan. Awak kena tawakkal juga. Tawakkal tu, berserah kan? Awak kata kalau berserah kenapa mesti kena berusaha dan berdoa jugak? Awak dah fikir macam tu ye.. Nobody can change you. Kalau dah macam tu, apa-apa je laahhh...



Cerita Tiga.
Memang dia muda dari awak. Dan dia cantik lagi dari awak. Awak tak puas hati kenapa? Ada dia show-off dengan muda dia tu? Ada dia canang satu dunia betapa cantiknya dia? Tak de kan. Abis awak menggelupur kenapa? Awak tak dapat terima hakikat kan. Tapi dia tau hakikatnya, satu hari nanti dia akan tua. Satu hari nanti tiba masanya, cantik dia tu dah tak boleh jadi bahan ukur. Tapi awak tetap tak puas hati. Awak buruk-burukan dia. Biar semua orang benci + tak suka kat dia. Barulah awak puas hati sebab awak menang. Bagi awak, dia musuh yang patut dihapuskan selama-lamanya. Awak jadi buta hati. Awak tak nampak satu pun kebaikan pada dia. Too bad for you..but it's you. So, apa-apa je laahhh...


Cerita Empat.
Dah tak de.... (",)



Whatever you think ~ Can be positive. Can be negative.
How we think determines how we act.






Friday, April 15, 2011

Seronok ke Menipu?

       
           Memang tak paham lah.. serius. Susah sangat ke nak berterus-terang? Kenapa perlu jadi hipokrit? Kenapa perlu menipu? Tak berani menceritakan kebenaran? *serius sakit kepala pikir ni..*


          Takut orang marah kalau tau kebenaran, sebab tu kita bohong? Kalau orang tau kita bohong, lagi orang marah. Silap-silap siap kena sumpah lagi. At least kalau ceritakan hal sebenar, orang lagi respect kot kat kita. Tetap nak bohong jugak? Ambik lah satu catitan sebelah kiri.


          Atau tak berani berdepan dengan kenyataan? Samalah macam penakut tu. Takut nak lukakan hati orang kalau kita ceritakan sesuatu hakikat. Hati dia lagi terluka kalau akhirnya dia tau itu cuma propa. Gunalah alasan apa pun, itu tetap bohong. Ishh.. kalau dia tak maafkan, silalah jawab nanti di sana.


          Masih tak paham. Seronok ke menipu ni? Terpaksa? Dipaksa? Tiada pilihan? Semua tu alasan. Boleh je kalau tak nak menipu. Ingat Allah. Ingat dua malaikat di kiri dan kanan. Ingat Munkar dan Nakir. Ingat Malik dan Ridhwan. Mesti tak sanggup nak menipu.


          Tapi kalau memang dah kaki auta, kaki belit, kaki putar alam... buatlah camana pun. Tetap akan menipu. Na'uzubillah. Tak takut balasan Allah sebab belum kena.


          Pinnochio kalau menipu, hidungnya jadi panjang. Dibalas serta merta. Kita kalau menipu, memang sekarang Allah bayar cash. Antara cepat dan lambat  tapi kita yang belum sedar ~ memang ada jenis yang tak sedar diri. Nikmat Allah kaburkan satu-persatu. Tolonglah...jangan menipu!






Tipah kata :Tipah tertipu. Ruffedge kata :Tipu tertipah. Kita kata: Penipu, Insaflah..(",)






Monday, April 11, 2011

Hidup Memang Begitu




Kenapa ya..
 Manusia diciptakan dengan kelemahan dan kelebihan.
Kelemahan menjadi bahan hinaan.
Kelebihan menjadi modal sanjungan.


Kenapa ya..
Aturan hidup tak sentiasa dipaksi yang rata.
Kadang-kala susah. Perlu lebih usaha.
Kadang-kala senang. Perlu jangan alpa.


Kenapa ya..
Dari sahabat menjadi musuh dengan mudah.
Tiada lagi puisi dan madah. 
Sedangkan kemaafan adalah dendam yang terindah.


Kenapa ya..
Susahnya kita bersyukur pada ujian Allah.
Syukur sebenarnya membuka ruang rezeki yang melimpah ruah.
Namun masih kita bersungut dan resah gelisah.

Kenapa ya..
Gigihnya kita memburu segala cita dan mimpi.
Penat menjadi alasan untuk leka dari sujud menyembah Ilahi.
Walhal itulah bekal yang kita bawa menuju mati.


Kenapa ya..
Kita mencipta alasan satu persatu.


Kenapa ya..
Kerana
Hidup Memang Begitu.



* Life is too short. Let's make it worth, duniawi and ukhrawi. (",)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...