Story of Another Land



Mesir : Gelombang Dan Gelora




                                                                              *Mr. Google*
         

          MESIR a.k.a EGYPT, salah satu tamadun yang terawal dalam sejarah peradaban dunia. Ibu negerinya ialah bandar Kaherah a.k.a Cairo City.. Di sinilah terletaknya  Sungai Nil, sumber tamadun yang teragung suatu masa dulu. Di sini juga berdiri megah Piramid, satu keajaiban di dunia yang masih tak terungkai misterinya dari segala segi hingga kini. Mesir, bagi aku adalah sebuah negara yang cantik. Bagi aku ye.. (super duper triple extra cantik lagi Malaysia, hehehe...)... Aku rindukan Mesir, kadang-kadang..oohh..sedap sungguh Ruuz beLaban (Nasi Susu)..hari-hari memang nak makan je bende nii... Belum lagi Mahsyi (nasi bungkus dalam daun kobis..)...alahai kalau nak cerita satu-satu pasal makanan di Mesir, memang tak terceritalah...banyak dan sangattttt sedap. Tapi aku tetap nakkan belacan, serai, halia, tempoyak dan ikan masin waktu di sana. Aduh terseksa rasanya selera ni, tambah lagi ada satu waktu aku memang teringin tahap maksima nak makan laksa utara. Laksa Utara, di Mesir..Mana nak cari! (",)Yang paling best bagi aku kat sana ialah sistem bakul. Ini memang unik..Bakul dihulur dari tingkat atas bangunan, untuk ambil pesanan. Tak ada kat Malaysia macam ni...



   *Mr. Google*

          Ini gambar Kota Alexandria/Iskandariah. Memang sangat cantik, setiap kali summer di sinilah kebanyakan warga Mesir bertumpu. Ada pantai yang sangat cantik... *hm cantik lagi pantai Malaysia* Siang hari mandi, malam berjaga di kaki kota. Ohh sangat best. Tapi aku bukan nak cerita pasal semua ni, sekarang ni. Ada lagi yang paling penting untuk aku ingatkan diri sendiri..Rusuhan di Mesir sekarang. Paling hebat rusuhan ini ialah di Medan Tahryir/Tahrir Square dan juga di Kota Alexandria. Tak percaya? Tengok ni...


                                                                           *Mr. Google*

       Dah seminggu rusuhan di Mesir, memang sangat menakutkan. Gesaan pengunduran pemerintahan Hosni Mubarak. Setelah 33 tahun memerintah, kini rakyat Mesir menentang kerajaan. Keadaan jadi sangat huru hara, sistem SMS dan Internet dilumpuhkan di sana. Tiada akses dengan dunia luar. Apalah nasib pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sana...Wahai Tuan PM, buatlah sesuatu... Oh ya, jangan salah faham.. sebenarnya rusuhan ini bukanlah rusuhan keagamaan. Ia adalah rusuhan anti-kerajaan. Penganut Islam dan Kristian sama-sama terlibat dalam tujuk perasaan tak aman ni. Tujuannya untuk Mr. Hosni berundur. Atau digulingkan. Atau mati ditembak. Aduhai sangat meremang. Dan dah tentulah jika ada rusuhan, sistem ekonomi juga terganggu. Bekalan makanan terputus..iyea, siapa yang berani bukak kedai waktu-waktu kritikal gini..Rumah, bangunan, kereta, bas segala bagai dibakar. Dan tentulah ada kematian. Berita yang BBC sebarkan selalunya menggambarkan betapa negara Arab ini adalah negara terorist..Cuba dengar pulak berita dari Al-Jazeera. Ini berita yang telus, tiada konspirasi maklumat. Kalau tak faham Al-Jazeera Arab, boleh bukak Al-Jazeera English. Tapi dalam keadaan yang haru biru gini, satelit Al-Jazeera jugak dihentikan..tapi tak apa boleh tengok juga dalam PressTV. Mesir Oh Mesir..Sungai Nil milikmu sedang mengalami gelora yang dahsyat. Oh Mesir...Pantai Iskandariah milikmu sedang menghadapi gelombang yang maha hebat! 
          Dalam keadaan ini, aku bersyukur kerana berada di Malaysia sekarang. Semoga Malaysia tetap aman dan harmoni, dan bertambah baik untuk selamanya. Harap-harap tidaklah Malaysia seperti Mesir, tenang dipermukaan tetapi jika tampuk pemerintahan didominasi akhirnya rakyat bangun menentang seperti yang terjadi kini. Semuanya secara tiba-tiba dan makin menular. Tiada tanda untuk berhenti buat masa ini. Semoga juga negaraku yang indah ini mengambil iktibar atas apa yang berlaku di bumi anbia' sana...Dan semoga Mesir kembali aman..semoga rakyat Malaysia di sana selamat..semoga saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku di sana di dalam peliharaan dari bencana rusuhan ini.... Sesungguhnya aku sangat rindu dan teringin untuk kembali lagi ke sana... *bila rusuhan dah tamat laaa..bukan sekarang. Nak mati???*



                                                                                                        *Mr. Google*





Dan ya!
Aku sangat rindu untuk menunggang unta di depan piramid.




------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Mesir : Surutnya Gelombang Dan Gelora


"Allah merahmati Mesir. Hari ini hari yang penuh kegembiraan dan Insya Allah, semua pemimpin yang zalim di dunia ini akan digulingkan"

 ~Sungai Nil~
                                                                                       *Mr. Google*


          Alhamdulillah. Gelombang dan gelora yang melanda Mesir sudah surut dan kemelut yang melanda bumi anbia' itu mulai tenang. Ini ekoran perletakan jawatan oleh Mr. Hosni Mubarak sebagai presiden seperti yang dituntut oleh rakyat Mesir. Hosni Mubarak atau nama sebenarnya macam dalam I/C ialah Muhammad Hosni Sayyid Mubarak yang lahir di Kahel-el-Meselha menjalankan pemerintahan autokratik selama 30 tahun. *Pfffhh...lama tu*. Namun kepimpinannya berjaya dijatuhkan dalam tempoh 18 hari dengan pihak tentera mengambil alih kuasa bagi menentukan masa depan yang belum tentu hala tujunya.

          Sebaik laungan azan Subuh berkumandang di kota Kaherah, bunyi hon disambut dengan sorakan orang ramai semakin kuat selepas berjuta-juta rakyat Mesir bergumbira malam sebelumnya untuk meraikan perletakan jawatan Mr. Hosni. Pada malam sebelumnya, beratus-ratus ribu rakyat Mesir menangis, menari dan berdoa dalam suasana riuh-rendah di Dataran Tahrir selepas Mr. Hosni letak jawatan. *I fired myself!! Hhehee.. tu lah kot yang dia cakap*

          Sebab dah gumbira sangat, penunjuk perasaan atau nama sopannya aktivis revolusi ada yang memeluk aanggota tentera *untung jadi tentera time ni..* sementara keluarga-keluarga yang lain sempat lagi snap pic sekeping dua depan kereta perisai kat jalan raya yang sesak dengan manusia. Walaupun tak kenal, mereka berpelukan sesama sendiri *maknanya kat sini peluk yang sama cas je yeh, jangan ingat peluk-peluk laki pompuan lak*, sesetengahnya mengucup tanah dan ada yang berdiri terpacak terpaku dan terkesima sebab tak percaya lah dengan apa yang berlaku...

          Pihak tentera yang mengambil alih kuasa Mr. Hosni selepas beliau memfired dirinya sendiri bagitau, pengumuman akan dibuat mengenai next step termasuk membubarkan Parlimen dan membentuk kerajaan sementara. Kejatuhan beliau  di tangan kebangkitan generasi muda rakyat Mesir dalam sejarah moden Arab mengejutkan sekutunya seperti Amerika Syarikat, Barat, Israel dan pemimpin negara Arab lain. Yihaaaa.... Dan lagi..Sebenarnya Amerika Syarikat sangatlah bimbang siapa bakal pemimpin Mesir seterusnya yang akan ganti Mr. Hosni...kenapa bimbang pulak kan.. Ooh oh..mesti la bimbang, adakah pemerintah baru ni nanti akan terus menyambung tradisi Mr. Hosni untuk bersekutu dengan Amerika Syarikat mengenai isu polisi negara itu di Timur Tengah. Juga, khuatir isu di Mesir ini akan merebak ke negara Arab lain dan kemampuan pihak tentera melaksanakan pilihan raya secara adil dan bebas. Haa..tu lah sebabnya. Tau pun takut ye. *Ingat gagah perkasa lah sangat*

          Mudah-mudahan pemimpin yang menggantikan Mr. Hosni lebih baik, adil, telus, tak tamak dan tidak diktator. Next visit to Mesir akan jadi lebih indah. InsyaAllah. Allah selamatkan Mesir. Allah selamatkan Malaysia juga. Amin.


                                                                      ~Piramid. Siapa la tak tau~
                                                                           *Mr. Google*



Hatiku berbunga kembali.
Bolehlah naik unta lagi kat depan piramid 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------


London, Paris, Costa del Sol



                                                                 ~Costa del Sol, Spain~


          We were given so many prizes. We changed the desert into oasis. We built buildings of different lengths and sizes. And we felt so very satisfied. We bought and bought. We couldn’t stop buying. We gave charity to the poor ’cause we couldn’t stand their crying. We thought we paid our dues but in fact to ourselves we’re just lying. Oh..

          I’m walking with my head lowered in shame from my place, I’m walking with my head lowered from my race. Yes it’s easy to blame everything on the west... when in fact all focus should be on ourselves.

          We were told what to buy and we’d bought. We went to London, Paris and Costa del Sol. We made show we were seen in the most exlusive shops. Yes we felt so very satisfied. We felt our money gave us infinite power. We forgot to teach our children about history and honor. We didn’t have any time to lose when we were so busy feeling so satisfied.

           I’m walking with my head lowered in shame from my place, I’m walking with my head lowered from my race. Yes it’s easy to blame everything on the west when in fact all focus should be on ourselves.

          We became the visuals without a soul despite the heat. Our homes felt so empty and cold, to fill the emptiness we bought and bought. Maybe all the fancy cars and bling will make us feel satisfied.

           My dear brother and sister, it’s time to change inside... Open your eyes, don’t throw away what’s right aside. Before the day comes, when there’s nowhere to run and hide. Now ask yourself ’cause Allah’s watching you. Is He satisfied? Is Allah satisfied?
OoOOhh...

          I’m walking with my head lowered in shame from my place, I’m walking with my head lowered from my race. Yes it’s easy to blame everything on the west when in fact all focus should be on ourselves.


Amacam? Ada rasa teringin nak pergi London-Paris-Costa del Sol tak?


 Awaken-MaherZain



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...