Dans Mon Esprit



Hidup Memang Begitu






Kenapa ya..
 Manusia diciptakan dengan kelemahan dan kelebihan.
Kelemahan menjadi bahan hinaan.
Kelebihan menjadi modal sanjungan.


Kenapa ya..
Aturan hidup tak sentiasa dipaksi yang rata.
Kadang-kala susah. Perlu lebih usaha.
Kadang-kala senang. Perlu jangan alpa.


Kenapa ya..
Dari sahabat menjadi musuh dengan mudah.
Tiada lagi puisi dan madah. 
Sedangkan kemaafan adalah dendam yang terindah.


Kenapa ya..
Susahnya kita bersyukur pada ujian Allah.
Syukur sebenarnya membuka ruang rezeki yang melimpah ruah.
Namun masih kita bersungut dan resah gelisah.

Kenapa ya..
Gigihnya kita memburu segala cita dan mimpi.
Penat menjadi alasan untuk leka dari sujud menyembah Ilahi.
Walhal itulah bekal yang kita bawa menuju mati.


Kenapa ya..
Kita mencipta alasan satu persatu.


Kenapa ya..
Kerana
Hidup Memang Begitu.



* Life is too short. Let's make it worth, duniawi and ukhrawi.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Rahsia Disebalik Ciptaan



Nabi Adam s.a.w dicipta dari tanah.
Bukan sembarangan tanah, sebaliknya pelbagai jenis tanah dari pelbagai pelusuk dunia dihimpun dalam satu penciptaan. Besarnya kuasa Allah Swt dalam menyampaikan simboliknya rahsia kejadian Nabi Adam.

Namun manusia,  seringkali alpa dengan nikmat yang Allah beri.

Allah memberikan kita kepala, bukan untuk dihentak pada dinding bila dilanda musibah. Di situ letaknya akal. Fikirlah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Kepala Nabi Adam dicipta dari tanah Baitul Maqdis, ia menjadi tempat letaknya akal fikiran, kecerdasan, ilmu dan ucapan.

Telinga yang kita miliki, acapkali disalah guna. Kita menggunakannya untuk mendengar gosip-gosip dan kisah-kisah manusia lain, juga untuk melayan bunyi-bunyian yang lagha'.
 Kedua telinga Nabi Adam dicipta dari tanah Thursina, maka kedua telinga itu sebenarnya tempat menerima nasihat.

Allah mengurniakan kita dahi. Bukan hanya sebagai pelengkap wajah. (Oh, bayangkan wajah tanpa dahi....?)
Dahi Nabi Adam a.s. dicipta dari tanah Iraq, untuk bersujud kepada Allah Swt. 

Allah sukakan keindahan. Wajah yang Allah beri, itu amanah untuk kita menjaganya supaya sentiasa cantik dan indah. Ya, cantik itu subjektif. Setiap manusia itu cantik dengan caranya sendiri.
Wajah Nabi Adam a.s. dicipta dari tanah syurga, maka wajah tersebut menjadi tempat kecantikan dan ketampanan.

Gigi yang Allah beri, jagalah ia sebaiknya. Jangan biar kuning dan berkarat. Hilang cantik dan hilang hensemnya. Kikiki.. *gelak sikit*
Sebaik-baik penjagaan gigi adalah dengan kayu sugi. Itu sunah Nabi yang kita semua tahu, namun dek kemodenan kita makin meninggalkannya kerana mengejar pelbagai jenama. Bersihkan gigi supaya nafas tak berbau.
Dan tak perlulah kot nak letak gigi berlian ke apa..Itu trend sekarangkah? Manusia memang pelik.
Gigi Nabi Adam a.s. dicipta dari tanah telaga al-Kautsar, tempat letaknya kemanisan.

Tangan yang kita ada, kalau pasangan bercinta seringkali guna untuk berpegang-pegangan. Dah tahu itu haram kan. Masih nak buat juga. Betullah, yang terlarang itu godaan. Tapi cubalah jaga batasan. Kalau blogger pula, tangan yang ada tu tak lain tak bukan nak taip blog lah. Taiplah, tapi jangan merapu tak tentu arah. Itu dah dikira menyalahgunakan nikmat.
Tangan kanan Nabi Adam dicipta dari tanah Ka’bah, supaya tangan kanan itu menjadi tempat berkat, bantuan, mencari ma’isyah, dan memberikan pemberian.

Tangan kirinya dicipta dari tanah Persia, maka tangan kiri tersebut sebagai tempat bersuci dan istinja’.

Perut adalah nikmat. Perut juga kalau tak dijaga, boleh menjadi sarang penyakit. Banyak makan boleh mendatangkan mudarat. Pilihan terbaik adalah yang halal dan tayyiba. Hidup bukan untuk makan, sebaliknya makan untuk meneruskan hidup.
Perut Nabi Adam di­cipta dari tanah Khurasan, maka perut itu sebagai tempat untuk merasa erti kelaparan.

Semua orang tahu Babilon. Kerajaan purba yang tercatat dalam sejarah dengan pelbagai hikayat dan kisah. Aku sendiri paling kagum dengan Sejarah Taman Tergantung Babilon.
Aurat Nabi Adam a.s. itu dicipta dari tanah Babilon, kerana tempat tersebut merupakan tempat syahwat, dendam dan penipuan.

Hidup jangan meminta-minta. Allah mengurniakan kita tulang supaya kita berusaha. Kalau tidak masakan wujud bidalan 'tulang empat kerat'.
Tulang-temulang Nabi Adam dicipta dari tanah gunung, kerana gunung adalah kekuatan.

Hati yang kita miliki, jauhkan dari noda dan bersihkan dari titik-titik hitam. Hati adalah kunci ketakwaan manusia.
Hati Nabi Adam dicipta­ dari tanah syurga, maka hati merupakan tempat bertapaknya iman.

Bertindik ada tempatnya. Aku sangat ngeri ada yang sanggup bertindik lidah. Aku tak sanggup lah. Dan ramai yang menggunakan lidah yang dimiliki untuk menipu. Semua orang tak suka ditipu. Termasuklah penipu itu sendiri. Jadi kenapa masih menipu?
Lidah Nabi Adam dicipta dari tanah Thaif, kerana lidah adalah medium  pengucapan syahadat dan untuk berdoa kepada Allah Swt.

Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Bijaksana. Sempurna sungguh cause and effect nya. 



Tapi berapa ramaikah antara kita yang sedar semua ini?



------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Apabila Dikurniakan Nikmat





Manusia.
Apabila dikurniakan nikmat, lazimnya akan jadi lupa.
Lupakan Allah, perintah agama, zalim sesama manusia,
berlumba-lumba mengumpul kekayaan,
memutuskan silatur-rahim
dan dengki mendengki.
 Bukan semua.
Tapi rata-ratanya memang begitu.


Selaras dengan kebimbangan Rasulullah s.a.w
"Perkara yang paling aku takuti pada umatku adalah banyak harta
pada mereka, lalu mereka berhasad dengki
dan berbunuh-bunuhan"
*Hadis riwayat Ibnu Abid-Dunya daripada Abi Amir*


Begitu juga dengan hadis baginda yang bermaksud
"Enam golongan yang akan masuk neraka, sebelum dijalankan hisab
selama setahun. Lalu para sahabat bertanya,
hai Rasulullah, siapa mereka itu?
Lalu baginda bersabda
"Umarak (penguasa) yang zalim,
orang Arab dengan assabiah (fanatik dengan bangsanya),
ketua-ketua kampung dengan kesombongan,
peniaga-peniaga yang berlaku khianat,
orang-orang hitam dengan kebodohan mengenai agama
dan alim ulama dengan sifat kedengkian."


Satu peringatan Rasulullah s.a.w kepada umat Islam
seperti dalam hadisnya yang berbunyi
"Jangan engkau lahirkan kegembiraan dengan bencana
yang menimpa saudara engkau.
Allah swt akan mengurniakan sihat 'afiat kepadanya
dan akan menimpakan bencana terhadap engkau"
*Hadis riwayat Tarmizi dari Wasilah bin Al-Aqsa*




Kunci penambahan dan keberkatan nikmat adalah syukur.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...