Kids D'amour


Karipap Rasa Cinta


~ Tajuk kemain lagi

Dah jadi kemestian setiap hari aku bekalkan makanan anak-anak ke sekolah. Budak-budak kecil, aku tak mahu dedahkan sangat dengan RM (tu dia... RM kau, haih), melainkan ada keperluan lain atau pesanan dari cikgu.

So tiap-tiap hari gigihlah aku masakkan bekalan untuk dua orang jantung hati ni (kadang-kadang suami pun tapau sekali). 

Satu malam tengah layan anak-anak buat homework.... (Suami belum balik lagi)

Abang : Ibu.....
Ibu      : Ye? (Ada la tu)
Abang : Abang rasa Abang macam nak bawa bekal curry puff la tomorrow (ambik, curry puff tuuu)
Ibu      : Nanti esok kita beli kat gerai tu ye
Abang : That one hot la Ibu....... Abang tak suka. Ibu buat la 
Ibu      : Sayang, Ibu tak pernah buat karipap pun
Abang : So Ibu tak tau buat laaa??
Ibu      : Ermm.. Bukan tak tau, cuma tak ingat (cover baik kot depan anak. Haha)
Abang : It's ok. I'll help you. Let's google.
Ibu      : *gulp..Telan air liur time ni. Sumpah aku langsung tak terfikir pun nak google. Haihhhhh!!!!


Makanya, Abang pun google 'how to make curry puff', dia baca resepi, aku salin. Tak ingat dari page mana, sebab banyak sangat resepi buat karipap yang kitorang jumpa. Ya Allah, indahnya perasaan waktu tu. Lepas habis sesi menyalin resepi dengan Abang, giliran Adik pulak menvolunteerkan diri nak temankan aku buat karipap kat dapur. Mana boleh biar Abang sorang jadi hero tolong Ibu kan, Adik mesti nak nama jugak. 



Anak-anak dah tidur waktu aku siap uli tepung, dah siap buat inti tak pedas, dah siap kelim. Oh, cantik jugak aku mengelim.. (kalau emak aku tengok confirm menangis terharu. Wohoo...). Demi kasih dan cinta, gigihlah ikut step by step tau. Okey, test goreng seketul. Phewww...gebunya tau kulit karipap tu, seronok. Memang feveret diorang la gebu macam gitu. Inti, tak pedas lah, macam yang diminta. Budak-budak ni memang tak boleh pedas sikit, mulalah drama lebih. Dah puas hati, so karipap-karipap yang belum bergoreng tu aku simpan dalam fridge tunggu esok pagi nak selesaikan.

Esoknya masing-masing satu tupperware penuh aku bekalkan karipap tu. Balik tengahari tu, minta lagi. Nasib baik lah ada banyak lagi, goreng lagiiii....... Suami pun join sekaki.

"Sedaplah Ibu, pandai Ibu buat..." Hati berbunga-bunga. Mata menjeling Abang dan Adik dengan senyuman. Karipap yang dibuat dengan rasa kasih dan cinta. Ehh... karipap-karipap cinta? Bukanlah.

Karipap google.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Boleh Terima Atau Tidak


Seorang lelaki dewasa dengan khusyuknya sedang menikmati sebatang lolipop saiz besar sambil mundar-mandir di hadapan kami. Anak-anakku ~ Abang dan Adik~ memandang lelaki itu dengan wajah tanpa emosi.

"Nak ?" pelawanya sambil menyuakan beberapa batang lolipop yang masih berbungkus kepada mereka.

"Tak nak, terima kasih" kata Abang. Aku senyum lega. " Uncle makan ini selalu?"

"Ye....sedap" katanya sambil tersenyum.

"Tak baik makan selalu, nanti uncle sakit. Tadi saya tengok uncle makan ini pun tak baca doa, sekarang uncle makan berdiri juga. Emak uncle mesti tak suka..." balas Abang sungguh-sungguh. "Bila tak baca doa, syaitan pun ikut makan sama."

Lelaki itu diam. Dikeluarkan lolipop dari mulutnya sambil matanya tak lepas memandang Abang dan Adik.
Aku dah mula bimbang, mana tahu kata-kata anakku yang baru 6 tahun itu menyinggungnya. Kemudian dia menghulurkan tangan kepada Abang.

"Mari uncle nak salam. You such a good boy..."

Aku tarik nafas lega.

******************************

Aku dan anak-anak sedang menunggu kedatangan suami untuk membawa kami pulang pada waktu itu. Kelihatan seorang remaja dalam belasan tahun sedang menyedut dalam-dalam sebatang rokok. Sedutan yang penuh nikmat mungkin baginya. Aku melarikan pandangan dari melihat adegan itu.

Tidak jauh dari kami, remaja tersebut mencampak puntung rokok ke lantai sambil memijak-mijaknya. Kemudian dia bersandar di tiang sebelah tong sampah.

Anak keduaku ~ Adik, 4thn~ bingkas bangun dari kerusi dan mengutip puntung rokok tersebut.

"Adik...!" panggilku.

"Na'am Ummi... Kejap ye.. Cikgu kata tak baik buang sampah merata-rata. Adik nak buang sampah ni dalam tong. Abang ni tak nampak kot tong sampah sebelah dia.." kata Adik dengan muka yang betul-betul innocent sambil memegang puntung rokok yang dikutip tadi.

"Eh eh....sini dik, sini...biar abang buat... Hehe..." puntung rokok di tangan Adik diambil remaja tersebut. Tersenyum-senyum dia memandang aku dan anak-anak aku.

"Tak baik hisap rokok, Cikgu kata siapa hisap rokok nanti jantung dia rosak " Adik memandangku. "Nanti cepat mati, kan Ummi?" serba salah, aku angguk. Straight forward betul, getusku.

"Ok, ok...hehe...." balas remaja itu dengan senyum kelat sambil mencampak puntung rokok ke dalam tong sampah.

***********************

Di kaunter kedai serbaneka 24jam. Lengang waktu itu.

"Adik nak bayar, Ummi..." kata Adik. Aku kemudian mendukungnya ke kaunter.

Cashier yang manis di kaunter itu ramah menegur Adik. Ketika dia mahu memberi wang baki, Adik merenung jejari cashier tersebut.

"Kenapa kakak ada kuku panjang?"

"Tak apa la.... Kenapa?" jawab cashier itu mesra sambil memasukkan barang yang aku beli ke dalam plastik.

"Tak cantik lah. Kuku panjang nanti syaitan gayut-gayut......" balas Adik jujur sambil menggayakan bagaimana rupa syaitan bergayutan di kuku. Aku dah mula rasa susah hati dengan kata-kata Adik, takut kena sembur dengan cashier cantik itu.

"Mana ada panjang sangat ni...sikit je... Nanti esok akak potong la...." senyum dia pada Adik.

"Ok......" Adik turun dari dukunganku. "Biar syaitan tak boleh gayut lagi dah" katanya sambil menggeleng-geleng kepala.

******************************

Aku bangun lewat sikit hari itu. Sikit je, tak jejas apa-apa pun tapi kalau dah tersasar dari rutin, memang aku nervous sikit. Kelam kabut aku dibuatnya.

Sebelum hantar anak-anak ke sekolah, aku pastikan diorang bersarapan dulu. Pagi, memang pergerakan anak-anak aku tak berapa nak laju.Tambah-tambah lagi bab makan, puas lah bersuruh. Barulah dapat habiskan sarapan diorang ni.

Tapi sebab pagi itu terlambat sikit dan aku panik tak pasal-pasal, aku gesa anak-anak makan cepat-cepat.

"Cepat sikit habibi... Kalau tak nak, tak payah habiskan... Dah lambat ni..." kataku sambil mengemas-ngemas meja.

"Tak baik tinggal makanan, nanti susah rezeki. Sunnah Rasulullah kunyah perlahan-lahan dan habiskan makanan dalam pinggan" tutur Abang sopan sambil mengunyah perlahan makanan dalam mulutnya.

Aku terkesima. Malu sendiri.

******************************


Orang dewasa, sanggup cakap macam tu? Aku sendiri, tak rasanya (",)

Kanak-kanak sangat jujur dan telus. Tak ada berkias-kias. Sekali tembak tepat, kena sasaran. Sama ada kita boleh terima atau tidak, itu saja.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...