Tuesday, February 1, 2011

Mesir : Gelombang dan Gelora



                                                                             
MESIR a.k.a EGYPT, salah satu tamadun yang terawal dalam sejarah peradaban dunia. Ibu negerinya ialah bandar Kaherah a.k.a Cairo City.. Di sinilah terletaknya  Sungai Nil, sumber tamadun yang teragung suatu masa dulu. Di sini juga berdiri megah Piramid, satu keajaiban di dunia yang masih tak terungkai misterinya dari segala segi hingga kini. Mesir, bagi aku adalah sebuah negara yang cantik. Bagi aku ye.. (super duper triple extra cantik lagi Malaysia, hehehe...)... Aku rindukan Mesir, kadang-kadang..oohh..sedap sungguh Ruuz beLaban (Nasi Susu)..hari-hari memang nak makan je bende nii... Belum lagi Mahsyi (nasi bungkus dalam daun kobis..)...alahai kalau nak cerita satu-satu pasal makanan di Mesir, memang tak terceritalah...banyak dan sangattttt sedap. Tapi aku tetap nakkan belacan, serai, halia, tempoyak dan ikan masin waktu di sana. Aduh terseksa rasanya selera ni, tambah lagi ada satu waktu aku memang teringin tahap maksima nak makan laksa utara. Laksa Utara, di Mesir..Mana nak cari! (",)Yang paling best bagi aku kat sana ialah sistem bakul. Ini memang unik..Bakul dihulur dari tingkat atas bangunan, untuk ambil pesanan. Tak ada kat Malaysia macam ni...



   

Ini gambar Kota Alexandria/Iskandariah. Memang sangat cantik, setiap kali summer di sinilah kebanyakan warga Mesir bertumpu. Ada pantai yang sangat cantik... *hm cantik lagi pantai Malaysia* Siang hari mandi, malam berjaga di kaki kota. Ohh sangat best. Tapi aku bukan nak cerita pasal semua ni, sekarang ni. Ada lagi yang paling penting untuk aku ingatkan diri sendiri..Rusuhan di Mesir sekarang. Paling hebat rusuhan ini ialah di Medan Tahryir/Tahrir Square dan juga di Kota Alexandria. Tak percaya? Tengok ni...


                                                                           

Dah seminggu rusuhan di Mesir, memang sangat menakutkan. Gesaan pengunduran pemerintahan Hosni Mubarak. Setelah 33 tahun memerintah, kini rakyat Mesir menentang kerajaan. Keadaan jadi sangat huru hara, sistem SMS dan Internet dilumpuhkan di sana. Tiada akses dengan dunia luar. Apalah nasib pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sana...Wahai Tuan PM, buatlah sesuatu... Oh ya, jangan salah faham.. sebenarnya rusuhan ini bukanlah rusuhan keagamaan. Ia adalah rusuhan anti-kerajaan. Penganut Islam dan Kristian sama-sama terlibat dalam tujuk perasaan tak aman ni. Tujuannya untuk Mr. Hosni berundur. Atau digulingkan. Atau mati ditembak. Aduhai sangat meremang. Dan dah tentulah jika ada rusuhan, sistem ekonomi juga terganggu. Bekalan makanan terputus..iyea, siapa yang berani bukak kedai waktu-waktu kritikal gini..Rumah, bangunan, kereta, bas segala bagai dibakar. Dan tentulah ada kematian. Berita yang BBC sebarkan selalunya menggambarkan betapa negara Arab ini adalah negara terorist..Cuba dengar pulak berita dari Al-Jazeera. Ini berita yang telus, tiada konspirasi maklumat. Kalau tak faham Al-Jazeera Arab, boleh bukak Al-Jazeera English. Tapi dalam keadaan yang haru biru gini, satelit Al-Jazeera jugak dihentikan..tapi tak apa boleh tengok juga dalam PressTV. Mesir Oh Mesir..Sungai Nil milikmu sedang mengalami gelora yang dahsyat. Oh Mesir...Pantai Iskandariah milikmu sedang menghadapi gelombang yang maha hebat! 
      
 Dalam keadaan ini, aku bersyukur kerana berada di Malaysia sekarang. Semoga Malaysia tetap aman dan harmoni, dan bertambah baik untuk selamanya. Harap-harap tidaklah Malaysia seperti Mesir, tenang dipermukaan tetapi jika tampuk pemerintahan didominasi akhirnya rakyat bangun menentang seperti yang terjadi kini. Semuanya secara tiba-tiba dan makin menular. Tiada tanda untuk berhenti buat masa ini. Semoga juga negaraku yang indah ini mengambil iktibar atas apa yang berlaku di bumi anbia' sana...Dan semoga Mesir kembali aman..semoga rakyat Malaysia di sana selamat..semoga saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku di sana di dalam peliharaan dari bencana rusuhan ini.... Sesungguhnya aku sangat rindu dan teringin untuk kembali lagi ke sana... *bila rusuhan dah tamat laaa..bukan sekarang. Nak mati???*



                                                                                                        





Dan ya!
Aku sangat rindu untuk menunggang unta di depan piramid.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...