Sunday, December 26, 2010

Marah, atau Jangan Marah



                                                                                  *Mr. Google*



          Semua orang ada perasaan MARAH. Bila dihantui rasa geram, semua orang rasa bahawa dia patut MARAH. Marahlah, kalau itu dapat redakan kesakitan hati. Marahlah, kalau marah adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah. TAPI , susah kita nak sedar, MARAH sebenarnya punca masalah. MARAH adalah permainan syaitan. Itu yang aku belajar, MARAH adalah api simbahan syaitan. Menurut Imam Ghazali, MARAH berpunca dari cebisan api neraka yang menyala-nyala. Kepanasan itu naik ke sudut hati lalu bersembunyi menjadi bara yang diliputi abu. Bara itu bermukim dalam hati bagaikan api dalam sekam. Apabila berlakunya sesuatu peristiwa, maka meletuslah bara itu menjadi api yang menyala. Sebab itu ustaz-ustazah selalu pesan, bila MARAH, cepat-cepat pergi ambil sembahyang. Siram api yang dinyalakan syaitan.
      Tetapi berapa ramaikah antara kita, termasuklah aku yang amalkan ajaran tu. Bagi aku, bila MARAH, aku puas hati. Lepas segala sakit, geram, rasa nak menyumpah seranah orang, rasa nak baling dengan botol kicap dan segala macam rasa yang tak wajar dilakukan oleh seorang manusia normal terhadap manusia lain. Asalkan hati puas. Tapi sebenarnya kita puaskan hati siapa bila MARAH? Hati sendiri, atau kita tolong penuhi dendam syaitan untuk porak-perandakan keturunan Adam. Bila MARAH kita kerap buat atau lafazkan sesuatu di luar sedar. Kecualilah, ada segolongan manusia yang bila MARAH masih mampu mengawal emosi. Ada, satu dalam sepuluh. Mungkin seratus. Yang lain-lain bila MARAH, nafsu amarahnya tak terkawal, maka di situ manusia yang lain menilai sifat aslinya. Ini bukan perkara main-main, sebab tu ada hadis yang menyebut 'perangai sebenar seseorang itu dapat dilihat bila dia marah'....kita tau true color seseorang tu bila dia dalam keadaan MARAH. Kalau tengah MARAH pun dia masih boleh cool dan ada pertimbangan, maka itulah sifat sebenarnya. Tapi orang yang selama ni berlagak cool dan tenang tapi tiba-tiba sekali dia naik angin, tsunami pun kalah...aha, maka itulah dia yang sebenarnya. Dan yang penting sekali, yang selalu aku terlupa bila MARAH, ada yang bertepuk tangan dan menari-nari tanda kemenangan. Siapa lagi kalau bukan Raja Iblis Laknatullah. Na'uzubillah.
       Jadi walaupun aku geram dan ada rasa tak puas hati yang amat sangat sekarang ni, aku berfikir-fikir nak MARAH ke.....atau JANGAN MARAH.

(Rasulullah melarang umatnya melayan rasa marah. Seorang lelaki pernah datang bertemu baginda untuk meminta nasihat. Kata baginda, "Jangan marah." Lelaki itu mengulangi lagi dan baginda menjawab, "Jangan marah." *Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah*)



Lagu PakNil pun ada cakap, Jangan Marah-Marah.(",)






 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...