Friday, February 25, 2011

Pinjam Sedikit Waktu


                                                               *Mr. Google*



Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.

 (103:1-3)


Pada suatu hari *ececece...macam cerita sang kancil dengan kura-kura* seorang ayah pulang lewat dari tempat kerja. Kelihatan anaknya yang berusia 6 tahun menunggu penuh setia di pintu rumah.

Anak : Ayah, berapa gaji ayah dalam satu jam?
Ayah : Kenapa nak tahu? *ayah dia jawab dalam nada marah. Penat baru balik keje*
Anak : Saya cuma nak tahu je..berapa ayah? *dengan mata terkelip-kelip tengok ayah dia*
Ayah : Hmm...sejam nampulohlime hinggit.. Dah ayah nak masuk umah ni.. Ayah penat.
Anak : OooOOoo... boleh tak saya nak pinjam doplohlime hinggit?
Ayah : Ishh...nak buat apa banyak tu.. nak mainan nanti ayah belikan. Dah, pegi naik tido

So budak kecik tu pun pegilah naik bilik dia, tapi tak tido ponn. Ayah dia pulak bila dah mandi, dah makan..barula rasa tenang sikit. Terfikir kot anak dia nak duit tu sebab beli apa-apa pulak. Dia pun pegilah bilik anak dia.

Ayah : Sayang ayah ni nape tak tido lagi?
Anak : Tak boleh tido lah ayah... *sambil tenyeh-tenyeh mata*               
Ayah : Ayah penat sungguh la tadi... *sambil senyum kat anak dia. Senyum ambik ati* Tadi mintak duit kan.. ni ha                   doplohlime hinggit. Nak buat apa?
Anak : OOoOOh ayah, timekasih lah banyak-banyak.. *dia pun bangun ambik duit dari tabung* Duit yang saya                  ada ni tak cukup, dah campur dengan duit yang ayah bagi ni baru cukup. Saya nak beli waktu            ayah satu jam *ewah suka hati dia je eh* Esok ayah balik cepat boleh?Saya nak makan malam dengan            mak...dengan ayah. (",)

Ayahnya terkesima. Dia memandang anaknya dengan penuh rasa sayu. Selama ni dia dan isterinya terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan perhatian dan kasih sayang anaknya. Hingga tiada masa untuk melayani dan memerhati perkembangan anaknya.





Sekadar renungan, untuk aku berfikir kerana sebagai manusia aku kadang-kadang alpa betapa besar nikmat yang Allah berikan namun aku masih merungut... (",)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...