Friday, February 18, 2011

Salam Maulidur Rasul


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
  
..............terpadam api biara Majusi
Musnahlah istana Kisra Parsi
Tanda lahir Nabi anak yatim
Anak yatim, anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa.............

*
*
*
*
*
*
*
* 

Selawat dan salam untuk Rasul junjungan
Rasul akhir zaman
Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w
Penghulu segala Nabi





Kebetulan tahun ni Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.a.w jatuh pada tarikh Masihi yang sama dengan hari sambutan Valentine yang memang tak masuk langsung dalam takwim kalendar Hijrah sebab sejarah kewujudan Valentine tu. Kita tau pengasas Valentine adalah Valentine.. *betul la* yang terang-terangan menghapus kitab suci al-Quran. Kannn... Cepat sangat pulak orang kita ni mengadaptasi budaya barat yang memang bertujuan meraikan kejayaan  Encik Valentine. Tapi Alhamdulillah tahun ni nampaknya kempen besar-besaran memang dibuat untuk membenteras sambutan hari Valentine a.k.a Hari Kekasih ni. Sambut Hari Kekasih? Dengar pun kelakar. Sehari tu je la kita raikan kasih-sayang eh? Hari-hari lain tak payah? Tak logik kan...padahal kasih-sayang tu perlu diraikan setiap hari dalam hidup kita. Yang pasti, menyambut Valentine adalah haram. Ada dalam fatwa. Ada sapa-sapa berani menentang fatwa?

*
*
*
*
*
*
*
*

..... SALAM MAULIDUR RASUL .....
12 Rabi'ul Awal









Sunday, February 13, 2011

Mesir : Surutnya Gelombang Dan Gelora


"Allah merahmati Mesir. Hari ini hari yang penuh kegembiraan dan Insya Allah, semua pemimpin yang zalim di dunia ini akan digulingkan"

 ~Sungai Nil~
                                                                                       *Mr. Google*


          Alhamdulillah. Gelombang dan gelora yang melanda Mesir sudah surut dan kemelut yang melanda bumi anbia' itu mulai tenang. Ini ekoran perletakan jawatan oleh Mr. Hosni Mubarak sebagai presiden seperti yang dituntut oleh rakyat Mesir. Hosni Mubarak atau nama sebenarnya macam dalam I/C ialah Muhammad Hosni Sayyid Mubarak yang lahir di Kahel-el-Meselha menjalankan pemerintahan autokratik selama 30 tahun. *Pfffhh...lama tu*. Namun kepimpinannya berjaya dijatuhkan dalam tempoh 18 hari dengan pihak tentera mengambil alih kuasa bagi menentukan masa depan yang belum tentu hala tujunya.

          Sebaik laungan azan Subuh berkumandang di kota Kaherah, bunyi hon disambut dengan sorakan orang ramai semakin kuat selepas berjuta-juta rakyat Mesir bergumbira malam sebelumnya untuk meraikan perletakan jawatan Mr. Hosni. Pada malam sebelumnya, beratus-ratus ribu rakyat Mesir menangis, menari dan berdoa dalam suasana riuh-rendah di Dataran Tahrir selepas Mr. Hosni letak jawatan. *I fired myself!! Hhehee.. tu lah kot yang dia cakap*

          Sebab dah gumbira sangat, penunjuk perasaan atau nama sopannya aktivis revolusi ada yang memeluk aanggota tentera *untung jadi tentera time ni..* sementara keluarga-keluarga yang lain sempat lagi snap pic sekeping dua depan kereta perisai kat jalan raya yang sesak dengan manusia. Walaupun tak kenal, mereka berpelukan sesama sendiri *maknanya kat sini peluk yang sama cas je yeh, jangan ingat peluk-peluk laki pompuan lak*, sesetengahnya mengucup tanah dan ada yang berdiri terpacak terpaku dan terkesima sebab tak percaya lah dengan apa yang berlaku...

          Pihak tentera yang mengambil alih kuasa Mr. Hosni selepas beliau memfired dirinya sendiri bagitau, pengumuman akan dibuat mengenai next step termasuk membubarkan Parlimen dan membentuk kerajaan sementara. Kejatuhan beliau  di tangan kebangkitan generasi muda rakyat Mesir dalam sejarah moden Arab mengejutkan sekutunya seperti Amerika Syarikat, Barat, Israel dan pemimpin negara Arab lain. Yihaaaa.... Dan lagi..Sebenarnya Amerika Syarikat sangatlah bimbang siapa bakal pemimpin Mesir seterusnya yang akan ganti Mr. Hosni...kenapa bimbang pulak kan.. Ooh oh..mesti la bimbang, adakah pemerintah baru ni nanti akan terus menyambung tradisi Mr. Hosni untuk bersekutu dengan Amerika Syarikat mengenai isu polisi negara itu di Timur Tengah. Juga, khuatir isu di Mesir ini akan merebak ke negara Arab lain dan kemampuan pihak tentera melaksanakan pilihan raya secara adil dan bebas. Haa..tu lah sebabnya. Tau pun takut ye. *Ingat gagah perkasa lah sangat*

          Mudah-mudahan pemimpin yang menggantikan Mr. Hosni lebih baik, adil, telus, tak tamak dan tidak diktator. Next visit to Mesir akan jadi lebih indah. InsyaAllah. Allah selamatkan Mesir. Allah selamatkan Malaysia juga. Amin.


                                                                      ~Piramid. Siapa la tak tau~
                                                                           *Mr. Google*



Hatiku berbunga kembali.
Bolehlah naik unta lagi kat depan piramid 






Wednesday, February 9, 2011

Love Story

    *Mr. Google*
 
 
LOVE STORY Andy Williams



Where do I begin to tell the story
Of how great a love can be

The sweet LOVE STORY that is older than the sea
The simple truth about the love she (he) brings to me

Where do I start

With her (his) first hello
She (He) gave new meaning to this empty world of mine

They'll never be another love another time
She (He) came into my life and made the living fine

She (He) fills my heart
She (He) fills my heart with very special things
With angel songs and wild imaginings
She (He) fill my soul with so much love


That any where I go I'm never lonely
With her (him) around who could be lonely

I reach for her (his) hand
She's (He's) always there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now
But this much I can say
I know I'll need her (him) until the stars all burn away
And she'll (he will) be there


How long does it last

Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now
But this much I can say
I know I'll need her (him) until the stars all burn away
And she'll (he will) be there


          Ooh terasa sangat jiwang dengar lagu nih...sungguh. Macamana nak mulakan cerita tentang hebatnya cinta? Cerita betapa manisnya cinta...ermm, *kadang-kadang ada pahitnya*...Bolehkah cinta diukur?  Oohh oh kenapa sangat jiwang ni...*tiba-tiba* Tiada jawapan untuk persoalan macam ni. Yang pasti semua orang ada rasa cinta....cinta pada siapa, masing-masing ada jawapan sendiri. Cinta juga ada level dan peringkatnya...Dan kalau dah namanya cinta, manusia sanggup berkorban demi kalimah ajaib ini. Lautan luas sanggup diseberangi, gunung yang tinggi sanggup didaki....*sengal sungguh ayatku ini* Bersyukurlah kerana dianugerahkan Allah rasa cinta, dan bersyukurlah kerana Allah menganugerahkan yang dicinta untuk kita.




Alahaii. Apa yang aku nak cakap sebenarnya ni? Straight to the point lah.
Sebenarnya.... Kisahnya amat panjang, lantas ku pendam, ku putuskan biarlah rahsia. Ntahapahapa...
 *Biar laaaa. Aku tulis untuk diri sendiri *.... 






Tuesday, February 1, 2011

Mesir : Gelombang dan Gelora



                                                                             
MESIR a.k.a EGYPT, salah satu tamadun yang terawal dalam sejarah peradaban dunia. Ibu negerinya ialah bandar Kaherah a.k.a Cairo City.. Di sinilah terletaknya  Sungai Nil, sumber tamadun yang teragung suatu masa dulu. Di sini juga berdiri megah Piramid, satu keajaiban di dunia yang masih tak terungkai misterinya dari segala segi hingga kini. Mesir, bagi aku adalah sebuah negara yang cantik. Bagi aku ye.. (super duper triple extra cantik lagi Malaysia, hehehe...)... Aku rindukan Mesir, kadang-kadang..oohh..sedap sungguh Ruuz beLaban (Nasi Susu)..hari-hari memang nak makan je bende nii... Belum lagi Mahsyi (nasi bungkus dalam daun kobis..)...alahai kalau nak cerita satu-satu pasal makanan di Mesir, memang tak terceritalah...banyak dan sangattttt sedap. Tapi aku tetap nakkan belacan, serai, halia, tempoyak dan ikan masin waktu di sana. Aduh terseksa rasanya selera ni, tambah lagi ada satu waktu aku memang teringin tahap maksima nak makan laksa utara. Laksa Utara, di Mesir..Mana nak cari! (",)Yang paling best bagi aku kat sana ialah sistem bakul. Ini memang unik..Bakul dihulur dari tingkat atas bangunan, untuk ambil pesanan. Tak ada kat Malaysia macam ni...



   

Ini gambar Kota Alexandria/Iskandariah. Memang sangat cantik, setiap kali summer di sinilah kebanyakan warga Mesir bertumpu. Ada pantai yang sangat cantik... *hm cantik lagi pantai Malaysia* Siang hari mandi, malam berjaga di kaki kota. Ohh sangat best. Tapi aku bukan nak cerita pasal semua ni, sekarang ni. Ada lagi yang paling penting untuk aku ingatkan diri sendiri..Rusuhan di Mesir sekarang. Paling hebat rusuhan ini ialah di Medan Tahryir/Tahrir Square dan juga di Kota Alexandria. Tak percaya? Tengok ni...


                                                                           

Dah seminggu rusuhan di Mesir, memang sangat menakutkan. Gesaan pengunduran pemerintahan Hosni Mubarak. Setelah 33 tahun memerintah, kini rakyat Mesir menentang kerajaan. Keadaan jadi sangat huru hara, sistem SMS dan Internet dilumpuhkan di sana. Tiada akses dengan dunia luar. Apalah nasib pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sana...Wahai Tuan PM, buatlah sesuatu... Oh ya, jangan salah faham.. sebenarnya rusuhan ini bukanlah rusuhan keagamaan. Ia adalah rusuhan anti-kerajaan. Penganut Islam dan Kristian sama-sama terlibat dalam tujuk perasaan tak aman ni. Tujuannya untuk Mr. Hosni berundur. Atau digulingkan. Atau mati ditembak. Aduhai sangat meremang. Dan dah tentulah jika ada rusuhan, sistem ekonomi juga terganggu. Bekalan makanan terputus..iyea, siapa yang berani bukak kedai waktu-waktu kritikal gini..Rumah, bangunan, kereta, bas segala bagai dibakar. Dan tentulah ada kematian. Berita yang BBC sebarkan selalunya menggambarkan betapa negara Arab ini adalah negara terorist..Cuba dengar pulak berita dari Al-Jazeera. Ini berita yang telus, tiada konspirasi maklumat. Kalau tak faham Al-Jazeera Arab, boleh bukak Al-Jazeera English. Tapi dalam keadaan yang haru biru gini, satelit Al-Jazeera jugak dihentikan..tapi tak apa boleh tengok juga dalam PressTV. Mesir Oh Mesir..Sungai Nil milikmu sedang mengalami gelora yang dahsyat. Oh Mesir...Pantai Iskandariah milikmu sedang menghadapi gelombang yang maha hebat! 
      
 Dalam keadaan ini, aku bersyukur kerana berada di Malaysia sekarang. Semoga Malaysia tetap aman dan harmoni, dan bertambah baik untuk selamanya. Harap-harap tidaklah Malaysia seperti Mesir, tenang dipermukaan tetapi jika tampuk pemerintahan didominasi akhirnya rakyat bangun menentang seperti yang terjadi kini. Semuanya secara tiba-tiba dan makin menular. Tiada tanda untuk berhenti buat masa ini. Semoga juga negaraku yang indah ini mengambil iktibar atas apa yang berlaku di bumi anbia' sana...Dan semoga Mesir kembali aman..semoga rakyat Malaysia di sana selamat..semoga saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku di sana di dalam peliharaan dari bencana rusuhan ini.... Sesungguhnya aku sangat rindu dan teringin untuk kembali lagi ke sana... *bila rusuhan dah tamat laaa..bukan sekarang. Nak mati???*



                                                                                                        





Dan ya!
Aku sangat rindu untuk menunggang unta di depan piramid.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...