Sunday, February 13, 2011

Mesir : Surutnya Gelombang Dan Gelora


"Allah merahmati Mesir. Hari ini hari yang penuh kegembiraan dan Insya Allah, semua pemimpin yang zalim di dunia ini akan digulingkan"

 ~Sungai Nil~
                                                                                       *Mr. Google*


          Alhamdulillah. Gelombang dan gelora yang melanda Mesir sudah surut dan kemelut yang melanda bumi anbia' itu mulai tenang. Ini ekoran perletakan jawatan oleh Mr. Hosni Mubarak sebagai presiden seperti yang dituntut oleh rakyat Mesir. Hosni Mubarak atau nama sebenarnya macam dalam I/C ialah Muhammad Hosni Sayyid Mubarak yang lahir di Kahel-el-Meselha menjalankan pemerintahan autokratik selama 30 tahun. *Pfffhh...lama tu*. Namun kepimpinannya berjaya dijatuhkan dalam tempoh 18 hari dengan pihak tentera mengambil alih kuasa bagi menentukan masa depan yang belum tentu hala tujunya.

          Sebaik laungan azan Subuh berkumandang di kota Kaherah, bunyi hon disambut dengan sorakan orang ramai semakin kuat selepas berjuta-juta rakyat Mesir bergumbira malam sebelumnya untuk meraikan perletakan jawatan Mr. Hosni. Pada malam sebelumnya, beratus-ratus ribu rakyat Mesir menangis, menari dan berdoa dalam suasana riuh-rendah di Dataran Tahrir selepas Mr. Hosni letak jawatan. *I fired myself!! Hhehee.. tu lah kot yang dia cakap*

          Sebab dah gumbira sangat, penunjuk perasaan atau nama sopannya aktivis revolusi ada yang memeluk aanggota tentera *untung jadi tentera time ni..* sementara keluarga-keluarga yang lain sempat lagi snap pic sekeping dua depan kereta perisai kat jalan raya yang sesak dengan manusia. Walaupun tak kenal, mereka berpelukan sesama sendiri *maknanya kat sini peluk yang sama cas je yeh, jangan ingat peluk-peluk laki pompuan lak*, sesetengahnya mengucup tanah dan ada yang berdiri terpacak terpaku dan terkesima sebab tak percaya lah dengan apa yang berlaku...

          Pihak tentera yang mengambil alih kuasa Mr. Hosni selepas beliau memfired dirinya sendiri bagitau, pengumuman akan dibuat mengenai next step termasuk membubarkan Parlimen dan membentuk kerajaan sementara. Kejatuhan beliau  di tangan kebangkitan generasi muda rakyat Mesir dalam sejarah moden Arab mengejutkan sekutunya seperti Amerika Syarikat, Barat, Israel dan pemimpin negara Arab lain. Yihaaaa.... Dan lagi..Sebenarnya Amerika Syarikat sangatlah bimbang siapa bakal pemimpin Mesir seterusnya yang akan ganti Mr. Hosni...kenapa bimbang pulak kan.. Ooh oh..mesti la bimbang, adakah pemerintah baru ni nanti akan terus menyambung tradisi Mr. Hosni untuk bersekutu dengan Amerika Syarikat mengenai isu polisi negara itu di Timur Tengah. Juga, khuatir isu di Mesir ini akan merebak ke negara Arab lain dan kemampuan pihak tentera melaksanakan pilihan raya secara adil dan bebas. Haa..tu lah sebabnya. Tau pun takut ye. *Ingat gagah perkasa lah sangat*

          Mudah-mudahan pemimpin yang menggantikan Mr. Hosni lebih baik, adil, telus, tak tamak dan tidak diktator. Next visit to Mesir akan jadi lebih indah. InsyaAllah. Allah selamatkan Mesir. Allah selamatkan Malaysia juga. Amin.


                                                                      ~Piramid. Siapa la tak tau~
                                                                           *Mr. Google*



Hatiku berbunga kembali.
Bolehlah naik unta lagi kat depan piramid 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...