Thursday, March 24, 2011

Jom Pergi London, Paris, Costa del Sol

                                                                 ~Costa del Sol, Spain~


          We were given so many prizes. We changed the desert into oasis. We built buildings of different lengths and sizes. And we felt so very satisfied. We bought and bought. We couldn’t stop buying. We gave charity to the poor ’cause we couldn’t stand their crying. We thought we paid our dues but in fact to ourselves we’re just lying. Oh..

          I’m walking with my head lowered in shame from my place, I’m walking with my head lowered from my race. Yes it’s easy to blame everything on the west... when in fact all focus should be on ourselves.

          We were told what to buy and we’d bought. We went to London, Paris and Costa del Sol. We made show we were seen in the most exlusive shops. Yes we felt so very satisfied. We felt our money gave us infinite power. We forgot to teach our children about history and honor. We didn’t have any time to lose when we were so busy feeling so satisfied.

           I’m walking with my head lowered in shame from my place, I’m walking with my head lowered from my race. Yes it’s easy to blame everything on the west when in fact all focus should be on ourselves.

          We became the visuals without a soul despite the heat. Our homes felt so empty and cold, to fill the emptiness we bought and bought. Maybe all the fancy cars and bling will make us feel satisfied.

           My dear brother and sister, it’s time to change inside... Open your eyes, don’t throw away what’s right aside. Before the day comes, when there’s nowhere to run and hide. Now ask yourself ’cause Allah’s watching you. Is He satisfied? Is Allah satisfied?
OoOOhh...

          I’m walking with my head lowered in shame from my place, I’m walking with my head lowered from my race. Yes it’s easy to blame everything on the west when in fact all focus should be on ourselves.


Amacam? Ada rasa nak pergi London-Paris-Costa del Sol tak?


 Awaken-MaherZain






Wednesday, March 23, 2011

Mari Mengaji




Zaman berubah. Masa berubah. Manusia berubah. 
Dulu, masa kecik-kecik umur 4-5 tahun dah kena mengaji. 
Semua adik beradik pun mula mengaji waktu umur-umur rebung ni... 
Dah kenal huruf-huruf Jawi..
Dah tahu mengeja.
Masuk umur 5-6 tahun dah lancar mambaca Al-Quran,
berkat rotan dan tegasnya ayah-bonda mengajar ayat-ayat suci itu. 
Itu dulu.. (",)

Memang zaman berubah. Maka masa turut berubah. Manusia lagilah berubah.
Susah nak berjumpa dengan keadaan macam tu lagi.
Memang ada, tapi susah nak jumpa.
Ada, tapi sikit.


Anak-anak sekarang umur-umur rebung begitu lebih kenal
 Muscleman
Doraemon dan Nobita
Upin & Ipin
Ultraman
Akademi Fantasia
Mentor
Idola Kecil


Terfikir. Berfikir.
Kenapa eh? Dulu-dulu mengaji waktu lepas sembahyang Maghrib.
Sangat tenang dan aman.
Boleh konsentret.
Takde panggilan dari tv yang melambai-lambai.
Seronok sangat waktu mengaji.


Patutlah....
Sekarang macam-macam program tv untuk anak-anak rebung ini
disiarkan waktu Maghrib!
*picit dahi*
Macam ni....mana boleh jadi
Macam ni...macamana anak-anak nak mengaji...?
Nasib baik ada juga program mengaji di tv
Adik dan Al-Quran


Mengaji
Untuk semua orang, semua golongan, semua peringkat umur.


Mari mengaji.
Jom.









Friday, February 25, 2011

Pinjam Sedikit Waktu


                                                               *Mr. Google*



Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.

 (103:1-3)


Pada suatu hari *ececece...macam cerita sang kancil dengan kura-kura* seorang ayah pulang lewat dari tempat kerja. Kelihatan anaknya yang berusia 6 tahun menunggu penuh setia di pintu rumah.

Anak : Ayah, berapa gaji ayah dalam satu jam?
Ayah : Kenapa nak tahu? *ayah dia jawab dalam nada marah. Penat baru balik keje*
Anak : Saya cuma nak tahu je..berapa ayah? *dengan mata terkelip-kelip tengok ayah dia*
Ayah : Hmm...sejam nampulohlime hinggit.. Dah ayah nak masuk umah ni.. Ayah penat.
Anak : OooOOoo... boleh tak saya nak pinjam doplohlime hinggit?
Ayah : Ishh...nak buat apa banyak tu.. nak mainan nanti ayah belikan. Dah, pegi naik tido

So budak kecik tu pun pegilah naik bilik dia, tapi tak tido ponn. Ayah dia pulak bila dah mandi, dah makan..barula rasa tenang sikit. Terfikir kot anak dia nak duit tu sebab beli apa-apa pulak. Dia pun pegilah bilik anak dia.

Ayah : Sayang ayah ni nape tak tido lagi?
Anak : Tak boleh tido lah ayah... *sambil tenyeh-tenyeh mata*               
Ayah : Ayah penat sungguh la tadi... *sambil senyum kat anak dia. Senyum ambik ati* Tadi mintak duit kan.. ni ha                   doplohlime hinggit. Nak buat apa?
Anak : OOoOOh ayah, timekasih lah banyak-banyak.. *dia pun bangun ambik duit dari tabung* Duit yang saya                  ada ni tak cukup, dah campur dengan duit yang ayah bagi ni baru cukup. Saya nak beli waktu            ayah satu jam *ewah suka hati dia je eh* Esok ayah balik cepat boleh?Saya nak makan malam dengan            mak...dengan ayah. (",)

Ayahnya terkesima. Dia memandang anaknya dengan penuh rasa sayu. Selama ni dia dan isterinya terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan perhatian dan kasih sayang anaknya. Hingga tiada masa untuk melayani dan memerhati perkembangan anaknya.





Sekadar renungan, untuk aku berfikir kerana sebagai manusia aku kadang-kadang alpa betapa besar nikmat yang Allah berikan namun aku masih merungut... (",)




Thursday, February 24, 2011

Angau, Langau Dan Tungau


Angau

Maksud dari segi bahasa ialah
"Terbayang-bayang dan teringat-ingat atau terkenang-kenang. Terlalu merindu."

Maksud dari segi lughah ialah
"Mengingati sesiapa... *sesuatu? ...mustahil..* sepanjang masa tanpa mengira keadaan."

Pendek kata, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah....asyik nampak muka dia je...asyik tertanya-tanya apa dia buat, pakai baju apa, dah makan ke, dah itu ke, dah ini ke... Buat apa pun, kat mana-mana pun asyik nampak dia je...walau kat toilet sekali pun!



                                                                           Langau

Ini merupakan sejenis binatang dalam kumpulan serangga. Rupa parasnya ada lah iras-iras macam lalat sikit, tapi besar lagi saiznya dari lalat. Warnanya hijau lumut. Langau ni mengeluarkan bunyi yang amat annoying dan menjengkelkan, membuatkan hati sakit rasa macam..macam... *tak tau nak cakap macam apa*  marah sangat lah...  Ada jugak perumpamaan yang umpamakan kalau orang suka buat bising, pot-pet pot-pet cot-cet cot-cet dia sama lah macam langau. Hehehee...setuju.



                                                                              Tungau

Tungau adalah sekelompok haiwan kecil berkaki lapan yang menjadi anggota superordo Acarina. Tungau bukanlah kutu dalam pengertian ilmu haiwan walaupun sama-sama berukuran kecil *ramai yang anggap tungau dan kutu adalah sejenis makhluk yang sama, sebenarnya salah tu yea* Sebenarnya kutu yang betul-betul kutu merupakan kumpulan serangga (insects), tungau pula lebih kurang mirip labah-labah dilihat dari susur galur keturunannya. hehe...*ye ke pun?*  Tak nampaklah kecik sangat, dah tengok dalam gambar zoom baru nampak. Kalau kena gigit memang gatal sangat, garu pun tungau tak hilang...buat sakit + luka kulit je.  Tungau yang selalu gigit orang memang kecik extra kecik, warna merah.... Cara nak buang tungau senang je kalau ikut petua orang dulu-dulu... Kasi tenyeh tempat yang kena gigit tu dengan tangkai daun sirih. Gerenti tungau tu keluar dari situ lepastu bolehlah picit tungau tu sampai mati... 


***********************


Angau, Langau dan Tungau tidak sama dengan Sengau mahupun Bangau. Sengau ialah masalah sistem lelangit yang tidak normal terjadi sejak peringkat fetus manakala bangau ialah sejenis burung berleher panjang yang menyalahkan ikan sebab dia kurus.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...